Sunday, March 20, 2011

Marble Cheese Brownies

Berjumpa lagi d n3 kali ni.....hari ni hari pertama budak2 memulakan sekolah setelah seminggu bercuti....jadi rutin ku bermula lagik la...setiap pagi mcm2 benda nak d siapkan & d pastikan...huhuhu.....kononnya semuanya okay....tetiba  time dah nak sampai  tadika .. terlintas d kepala hari ni kakak bawa apa ya ....aik...aik...mcm tak der jerk....huhuhuhuhu.....memang confirm aku terlupa siapkan bekal ........aduii......nampak nya aku kena belikan roti la nanti pas tu hantar blk g tadika...huhuhuhu....mcm mana la boleh lupa ni...teringat ayat kakak d depan pintu pagar sekolah tadi " ibu jgn lupa tau hantar bekal kakak, nanti kakak tak da makanan tau"...hahahaha...makanan ingat aje budak nie....

Semalam mood rajinku datang jadi blk je dr kipmart aku buat la Marble Cheese Brownies...resepi yang aku rasa dah nak setahun aku simpan nak cuba baru hari ni terlaksana...lama kan....hehehehehe....suka resepi ni sebab mcm senang jer pas 2 sedap....terbukti memang senang nak buat dan rasanya...sedap nyer......i like.....resepi ni dapat dari blog kak rinnchan..tq....
yang dah siap di potong2

Resepi Marble Cheese Brownies
Sumber: kak rinnchan

Bahan-bahan ( brownies)
250g butter
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur
1/2 cawan susu cair - aku guna susu segar sb susu cair tak der..
1 1/2 tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
  1. Cairkan butter . Masukkan sebuk koko dan gaul sebati.
  2. Dalam mangkuk lain handwisk telur gan gula sehingga sebati. Masukkan kedalam adunan butter + koko dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan susu cair dan gaul sehingga bati.
  4. Dalam mangkuk lain campurkan BP + SB + tepung gandum. Masukkan kedalam adunan butter + koko + susu cair sedikit demi demi dan gaul sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
  6. Sediakan loyang berukuran 10"x10" dan alaskan dengan grease proof paper.  Biarkan  kertas berjuntai di kedua-dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies nanti.
  7. Panaskan oven dahulu 175 darjah cel. Tuang adunan kedalam loyang dan tinggalkan sedikit untuk membuat corak marble di atas cheese nanti.
  8. Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan Lapisan Cheese
250g cream cheese - biarkan pada suhu bilik
1 cawan gula kastor
1 biji telur

Cara-cara
  1. Puku cream cheese sehingga gebu.
  2. Masukkan gula dan puluk sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.

*  Selepas 20 minit, keluarkan brownies dari oven.Tuangkan aduanan cheese tadi dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies tadi ke atas lapisan cheese dan lorekkan ikut citarasa. Masukkan semula kedalam oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong....:D

mcm nie la hasilnya pas baru kluar dr oven....sikit lagi nak rentung sb aku sibuk tgk mentor..hahhaha
Keluarkan dari loyang...



    2 comments:

    1. mencabar.. tinguk cam sodap.. tp di sebab kan guna cream chese...tetiba rasa kenyang.. hahhaa.. kami ndak minat chess..tobat dah kena abiskan cotton chess cake ari tuh..hek3

      ReplyDelete
    2. hahahaha...ndak tau la aku suka...c ayong pon suka..c kakak lagi la....rasanya sedap...atas jak cheese....tu yg buat sedap...

      ReplyDelete