Semalam mood rajinku datang jadi blk je dr kipmart aku buat la Marble Cheese Brownies...resepi yang aku rasa dah nak setahun aku simpan nak cuba baru hari ni terlaksana...lama kan....hehehehehe....suka resepi ni sebab mcm senang jer pas 2 sedap....terbukti memang senang nak buat dan rasanya...sedap nyer......i like.....resepi ni dapat dari blog kak rinnchan..tq....
yang dah siap di potong2 |
Resepi Marble Cheese Brownies
Sumber: kak rinnchan
Bahan-bahan ( brownies)
250g butter
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur
1/2 cawan susu cair - aku guna susu segar sb susu cair tak der..
1 1/2 tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
- Cairkan butter . Masukkan sebuk koko dan gaul sebati.
- Dalam mangkuk lain handwisk telur gan gula sehingga sebati. Masukkan kedalam adunan butter + koko dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan susu cair dan gaul sehingga bati.
- Dalam mangkuk lain campurkan BP + SB + tepung gandum. Masukkan kedalam adunan butter + koko + susu cair sedikit demi demi dan gaul sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
- Sediakan loyang berukuran 10"x10" dan alaskan dengan grease proof paper. Biarkan kertas berjuntai di kedua-dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies nanti.
- Panaskan oven dahulu 175 darjah cel. Tuang adunan kedalam loyang dan tinggalkan sedikit untuk membuat corak marble di atas cheese nanti.
- Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan Lapisan Cheese
250g cream cheese - biarkan pada suhu bilik
1 cawan gula kastor
1 biji telur
Cara-cara
- Puku cream cheese sehingga gebu.
- Masukkan gula dan puluk sehingga sebati.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
* Selepas 20 minit, keluarkan brownies dari oven.Tuangkan aduanan cheese tadi dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies tadi ke atas lapisan cheese dan lorekkan ikut citarasa. Masukkan semula kedalam oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong....:D
|
Keluarkan dari loyang... |
mencabar.. tinguk cam sodap.. tp di sebab kan guna cream chese...tetiba rasa kenyang.. hahhaa.. kami ndak minat chess..tobat dah kena abiskan cotton chess cake ari tuh..hek3
ReplyDeletehahahaha...ndak tau la aku suka...c ayong pon suka..c kakak lagi la....rasanya sedap...atas jak cheese....tu yg buat sedap...
ReplyDelete