Tuesday, March 8, 2011

Cotton Soft Cheese Cake

Semalam mood kerajinanku berada pada tahap yang tinggi..maka terhasil la cottoon japanese cheese cake ni...selepas siap masak ..perasaan macam nak mencuba cake yg suda lama resepinya aku lekatkan dekat pintu peti ais ku...asal ambik sayur jer aku tgk..bila la aku nak buat...dan disebab cake cream cheese ada lagi...aku pon mencuba nya...biasala kalau jarang2 buat cake...perassan takut tak jadi jer ada dalam kepala...hehehehhehe...saya budak baru belajar....tapi hasilnya tidak mengecewakan...lembutnya...gebunya....sedapnya...hehehehehehe...



Resepi ni sebenarnya tuk loyang 8"....rupanya loyang ku bersaiz 7"....akibatnya cake nie naik tinggi sgt....last2 permukaan nya merekah siki, sebab tempat nya kecil kot...hahahahaha...pandai jer aku buat kesimpulan sendiri...tapi apa2 hal pon rasanya tidak mengecewakan.....resepi ni aku ambil dari blog mamasya...tq...





Resepi Cotton Soft Cheese Cake

Sumber : Alma @ MYR ; copy dr blog mamasya

Bahan A ( 8 inci )
250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar( fresh milk)
6 biji kuning telur
1sdb jus lemon
1/4 garam
60g tepung kek/superfine - guna tepung naik sendiri
20g tepung jagung

Bahan B
140g gula (granulated sugar )
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon -ganti krim tartar

Cara-cara
  1. Untuk Adunan A : Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair,       sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dgn  kuning telur, tepung jagung, tepung kek, garam dan jus lemon, gaul sehingga sebati ( gaul guna senduk kayu jer )
  2. Untuk Adunan B ; Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih2  ( foamy).    Lepas tu, masukkan gula dan pukul lagi sehingga bertanduk ( soft peak ).
  3. Campurkan Adunan A tadi kedalam Adunan B dan kaca hingga sebati.
  4. Sediakan loyang@ tin pembakar yang bulat berukuran 8 inci dan griskan bwhnya dan tepinya salut dgn kertas baking. Tuang campuran adunan tadi dalam loyang.
  5. Bakar kek kira2 dalam masa sejam dgn cara bain marie(waterbath) pada suhu 160 degree. Lepas letak adunan dlm loyang, balut bwh hingga separuh tinggi menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan air masuk. Then tuang air panas atas dulang pembakar lebihkurang 1/2 tinggi loyang kek. Boleh la bakar...:)
siap tuk d bawa g kerja





No comments:

Post a Comment