Thursday, May 5, 2011

Bubur Jagung @ Barobok

Lama tak update blog...skarang ni baru ada free sikit...so n3 kali ni  nak tayang bubur yang ku buat hujung minggu lepas....bubur jagung @ barobok..barobok tu sebenarnya nama khas dalam bahasa bugis bagi resepi ni...biasala kan aku kan bugis...hehehehe....bubur ni aku suka sangat...slalu klu kat kg mak aku buat satu periuk besar....bagi kat jiran2....perrrrhhh......memang berbaloi-baloi....so nak tgk cam mana hasilnya..tgk la kat bawa jer...layanz....
kena ada sambal belacan br sedap...tempe goreng sajer jer atas permintaa putri kecilku...hehehe
Resepi Bubur Jagung @ Barobok
Sumber : eima-ima.blogspot.com

Bahan-bahan:


1 1/2 pot beras
2 biji jagung batang- d sagat
150g ayam -potong kecik2
1 cawan santan pekat
6 ulas bawang putih * dikisar
sedikit lobak -potong dadu
1 biji ketang-potong dadu ..klu nak lebih pun boleh
1/2 sudu teh lada putih
garam secukup rasa
bawang goreng-utk hiasan
daun sup-utk hiasan

Cara-cara:
  1. Cuci beras dan masak dengan hingga air separuh periuk, macam nak buat bubur nasi.(periuk aku ni yg saiz 3L)
  2. Tumis bawang putih yg telah dikisar sehingga wangi dan kemudian masukkan ayam yang telah di potong dan masak sehingga separuh masak dan masukkan sedikit garam.
  3. Apablia beras dah nak jadi bubur masukkan jagung yang telah disagat dan juga ayam yang telah di tumis td kedalam periuk bubur. Masukkan juga kentang dan lobak.Biarkan bubur sehingga kentang dan lobak masak.
  4. Sekiranya bubur tersebut agak pekat kurang air bolehla tambah air sedikit. Setelah itu masukkan garam dan juga sebuk lada putih.
  5. Akhir sekali masukkan santan pekat dan tunggu sehingga mendidih. Dan Jangan lupa rasa dulu , kalau kurang garam boleh la tambah.
  6. Selepas itu, bolehla dihidangkan, Taburkan dengan daun sup dan juga bawang goreng. Boleh juga d makan dgn sambal belacan...sedap d makan panas2.
Barobok.....huhuhu...sedap ni..lemak2 gitu...

Lagi ....gamb barobok...lepas ni licin ni......

No comments:

Post a Comment