Tuesday, May 24, 2011

Muffin Pisang

lama dah tak update blog ni....slalu jer bz...bnyk tul yg nak d siapkan....n3 kali ni nak masukkan muffin pisang...dah bnyk kali buat...baru hari sempat upload gan ambik gamb...hehehe..ambik dari blog kak hana...tak sempat nak cleoteh panjang ada kerja lain menanti so direct to the point jer la eh...layanz...
Muffin pisang


Resepi Muffin pisang
Sumber : mamafahmi CNP from kak hana


Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  •  2/3 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur- hana buh 2 biji size S
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek * guna pisang tanduk
 
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  4. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit.

Klik...klik lagi....ambik postion yg ok.....hehehehe
 
setia menunggu dari awal smapi dah siap..trus cop 2...ada plak tgn ayah ..isk....

No comments:

Post a Comment