Tuesday, February 22, 2011

Roti Naik

Projek d hujung minggu ...aku cuba buat roti naik seperti yang dicadangkan oleh kak baiti, aku sebenarnya tak tau cam mana la pulak roti naik nie...jadi aku search la kat internet tuk tgk resepinya dan gambar roti tu sebenarnya cam mana rupanya...oooooo... roti nya tak der inti ni di namakan roti naik...sebenarnya takut jugak nak cuba, takut klu tak jadi masuk tong sampah  la jawabnya...tapi klu tak cuba mana tau jadi ke dak kan...jadi cuba je la....huhuhu...resepi aku dapat dari blog kak hana yg duk kat jepun tu...aku suka tgk blog dia rasanya hampir setiap hari aku tgk..hahahahaha....blog nye memberikan aku semangat tu cuba memasak...biarpun kekadang time tgk resepi + gambar yg cantik2 belako tu berkobar2 nak buat..smpai kat umah...hehehehe...tgk mood pulak..huhuhuhu...kite C&P yer kak hana resepi nya...minta dihalakan kan yea.....

Baru kluar dari oven....


hasilnya..gebu..sedapnya



Resepi Roti Naik

Resepi Asal : Puan Asmahan Hanim via Nana Samat
Sumber kak Hana

Bahan-bahan

500g tepung gandum
1 biji kuning telur gred A
180 g gula halus
2.5 yis -hana lebihkan 1.5 g
113g majerin
37g minyak sapi@butter@ shortening ( guna shortening) 
1 cawan air
1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar (susu segar habis jadi  bancuh susu tepung + air...:D)
sedikit mentega utk sapuan lepas bakar

*kite letak Sedikit pewarna kuning sb nak roti color kuning2 gitu...

Cara-cara

1. Masukkan air, telur dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung 
    dan yis.
2. Settingkan Dough dan ONkan.
3. Bila doh dah bercampur, masukkan majerin dan jugak shortening. Biarkan 
    BM terus menguli lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang dah siap.
4. Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat2kan dan susun ke dalam loyang. 
5. Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lebih 
    kurang 30-40minit. Sapukan eggwash.
6. Bakar pada suhu 200 selama 15-20minit sehingga keperangan- hana bakar 
    suhu 170 selama 20 minit.
7. Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nampak 
    berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk simpan dalam bekas tertutup.



sebelum.....
selepas...
* resepi ni guna BM, tapi kite tak der BM....jadi kiter tukar uli guna mixer...( main belasah jer nasib baik mixer tu tak rosak pas uli roti ni...)





No comments:

Post a Comment