Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Apam Dot Dot

N3 kali nie nak masukkan resepi apam dot dot...baru buat jumaat lepas....alhamdulillah berjaya, dah lama perap resepi nie...berjaya jugak membuatnya...suka apam nie comel2 jer...budak2 pon suka..letak inti kaya gan blueberry...buat pon senag jer tak susah....

Resepi Apam Dot Dot
Sumber : kak lilydvalley CNP dr blog  Kak Hana

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
 
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

setelah siap semua nya....cantik jer ..hehehehe

posing jap......sb stelah siap ada tamu plak dtg.....sesuai betul ada la nak di hidangkan...:)

Monday, May 9, 2011

Apam Gula Merah

Apam....lama dah tergugat apam yg kak izah buat....akhirnya dapat jugak aku membuatnya...hehehe..buat time hari jumat blk rehat ...sempat lagi mengapam ...hehehe...sedap apam ni...suka....tq yea kak izah resepinya...kite CNP kat cni tau...:)

Apam gula merah


Resepi Apam Gula Merah
Sumber :  Che'Iza MyR ; CNP dr Kak Izah


Bahan-bahan 

*1 cwn air
*1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ k.nor guna campuran nisan &  
   gula merah  
*sehelai daun pandan

    2 cwn tepung  
    1 sk dry yeast  
    3/4 cwn air  
    3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )  
    secubit garam


      Cara-cara 

      1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
      2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
      3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
      4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
      5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
      6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam. 

      Apam..ooo apam...hehehe
      lagi...apam...jgn marah....

      Wednesday, March 9, 2011

      Apam Show White


      N3 di pagi ni berkaitan dengan Apam..Apam snow White...cantik nama apam ni kan...tergoda dengan nama apam ni la aku baca resepinya......resepinya senang..sukatan dalam cawan..i like..:) ..buat 1/2 adunan jer...sbrnya aku dah buat bnyk kali resepi nie..tapi tak pernah pulak ambik gamb sb dulu mana ada blog...jadi yg ni aku ambik gamb pagi2 buta time slepas siapkan semua keperluan gan sarapan pagi lagipon budak2 dua org tu lum turun lagi...hehehehe...sempat lagi tu..apam nia aku buat semalam....buat sarapan pagi, tapi anak kecikku nak meggi goreng pulak....so ada dua menu la pulak pagi nie...nasib baik sempat semuanya......stop jap....nak sambg marking assignment...:)

      kiter berjumpa semua....hehehe..penat making rehat jap..rehat boleh la update blog kan...kan...kan..kalau tak memang tak sempat jer nie....so layanz...resepi ni ambik dari blog kak hana...suka buat apam ni lembut jer..biarpon dah semalaman...kite CNP  yea resepinya kat cni yea kak hana....



      apam snow white di pagi hari......


      Resepi Apam Snow White

      Resepi asal : qng10@ myresipi.com
      Sumber : kak hana

      Bahan-bahan 


      3 cawan tepung beras
      1 cawan tepung gandum
      1 paket yis (11 g)- guna brand mauripan
      2 cawan gula pasir
      2 cawan nasi
      3 cawan air
      1/2 kelapa parut putih + sedikit garam ( kukus sekejap supaya tak cepat basi )


      Cara- cara
      1. Masukkan semua bahan diatas keculai nasi, air dan kelapa. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
      2. Kisar nasi dgn air sehingga betul2 hancur.
      3. Masukkan campuran kisaran nasi tadi ke dalam bekas tepung dan sebatikan.
      4. Perapkan selama sejam. Tutup bekas adunan dengan kain bersih/ tuala bersih.
      5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
      6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Boleh letakkan pewarna kesukaan , kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana
      apam yg lom d keluarkan d acuan nya lagi...hehehehe
      suci dan murni gitu