Friday, August 19, 2011

Roti Jala

jom menjala...hehehehe..kononnye la...padahal aku pon tak reti...ni pon aku buat guna acuan yg mmg tak yah nak jala2....buat di ramdan jugak tuk buka puasa...cicah gan kuah kari ayam...perh...cayala...pandai dah nie....yg next nya tah bila la buat lagi eh....jom tgk resepi nya....


roti jala ku........hehehehe
RESEPI ROTI JALA
sumber : mat gebu


Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan + 3 camca besar air
2 camca besar mentega cair (mat guna minyak masak)
2 camca besar santan (mat guna susu cair)
Garamm secukup rasa
Beberapa titik perwarn kuning
Kuah kari, kuah gulai atau sambal tumis untuk mencicih
*


Cara-cara:
1.   Dalam satu bekas, masukkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda (*), kacau rata dengan whisk hingga licin dan tapis, atau masukkan dalam alat pengisar dan kisar halus. Rehatkan sekejap dalam 15 minit.
2.   Lenser non-stick pan saiz 9 atau 10 inci dengan sedikit minyak. Isi adunan tadi dalam bekas membuat roti kirai, kemudian kiraikan atas pan tadi secara berangkai dan semua kiraian bersambung antara satu sama lain. Gunakan api sederhana. ( guna acuan roti jala yg main picit jer....hehehehe..)
3.   Kemudia bila permukaan roti kirai kelihatan pucat, boleh lah anda gulung atau lipat, selalunya mat lakukannya dalam kuali tu juga menggunakan sudip kayu kecil. Buat hingga siap dan hidangkan bersama kuah kegemaran anda, nak makan dengan serawa durian pun sedap...

Thursday, August 18, 2011

Puding Roti karamel...

...lama tak update blog.....dah bersawang2 dah.....keadaan tak mengizinkan...bnyk kerja lain yg dtg bertubi2 yg memerlukan perhatian yg lebih....resepi ni sbnrnya buat tuk buka puasa..puasa keberapa dah tak ingat..sebab nya sempat ambik gambar jer...hehehehe...buat time blk keja........dapat resepi ni dr blog kak dayangjack.....tq kak dayang...

puding roti karamel

Resepi Puding Roti Berkaramel
Sumber : dayangjack


Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :


Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.


Puding :
  • 3 keping roti sandwic (disiat-siat)
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan.
  2. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas.
  4. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
  5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda