Thursday, August 18, 2011

Puding Roti karamel...

...lama tak update blog.....dah bersawang2 dah.....keadaan tak mengizinkan...bnyk kerja lain yg dtg bertubi2 yg memerlukan perhatian yg lebih....resepi ni sbnrnya buat tuk buka puasa..puasa keberapa dah tak ingat..sebab nya sempat ambik gambar jer...hehehehe...buat time blk keja........dapat resepi ni dr blog kak dayangjack.....tq kak dayang...

puding roti karamel

Resepi Puding Roti Berkaramel
Sumber : dayangjack


Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :


Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.


Puding :
  • 3 keping roti sandwic (disiat-siat)
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan.
  2. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas.
  4. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
  5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda





1 comment:

  1. Dah buat, memang senang dan sedap! :D

    Anyway saya tinggal jejak kat sini ya, sebab shoutbox ada problem. Happy blogging! ^^

    ReplyDelete