Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Roti Jala

jom menjala...hehehehe..kononnye la...padahal aku pon tak reti...ni pon aku buat guna acuan yg mmg tak yah nak jala2....buat di ramdan jugak tuk buka puasa...cicah gan kuah kari ayam...perh...cayala...pandai dah nie....yg next nya tah bila la buat lagi eh....jom tgk resepi nya....


roti jala ku........hehehehe
RESEPI ROTI JALA
sumber : mat gebu


Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan + 3 camca besar air
2 camca besar mentega cair (mat guna minyak masak)
2 camca besar santan (mat guna susu cair)
Garamm secukup rasa
Beberapa titik perwarn kuning
Kuah kari, kuah gulai atau sambal tumis untuk mencicih
*


Cara-cara:
1.   Dalam satu bekas, masukkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda (*), kacau rata dengan whisk hingga licin dan tapis, atau masukkan dalam alat pengisar dan kisar halus. Rehatkan sekejap dalam 15 minit.
2.   Lenser non-stick pan saiz 9 atau 10 inci dengan sedikit minyak. Isi adunan tadi dalam bekas membuat roti kirai, kemudian kiraikan atas pan tadi secara berangkai dan semua kiraian bersambung antara satu sama lain. Gunakan api sederhana. ( guna acuan roti jala yg main picit jer....hehehehe..)
3.   Kemudia bila permukaan roti kirai kelihatan pucat, boleh lah anda gulung atau lipat, selalunya mat lakukannya dalam kuali tu juga menggunakan sudip kayu kecil. Buat hingga siap dan hidangkan bersama kuah kegemaran anda, nak makan dengan serawa durian pun sedap...

Wednesday, March 16, 2011

Carrot Raisin Bun

Minggu ni rajin sikit ..mengupload blog...hehehehe...ni nak bagi masuk aktiviti semalam bersama assistant kecilku.. carrot raisin bun...lembut roti ni......"sedap d makan begitu saja".......aku sua buat roti yang tak der inti sb anak2 aku ni klu ada intinya, nanti initi tu diorg korek buang...yang d makan nya roti nya jer...hampeh tul...ni kira first time la aku cuba buat roti nie...sedap dan aku suka sb roti guna carrot gan kismis.....cantik jer warna nya time siap uli.....mcm biasa la sb tak der BM aku belasah guna mixer...hehehehe.....nak uli tangan duii...tak larat den....tengok resepi ni dari blog Izahmuffin Lover sumber asal resepi ni dr kak hanamemories ......roti nya mcm menarik tu yg tergerak hati nak buat...lagi pon telur guna 1/2 biji jer...bukan apa sb stok telur kat umah tu tinggal 3 jer seingat aku...jadi tak boleh buat yg guna telur bnyk...hehehehehe....lgpun bhn2 lain semua ada.... kite CNP yea resepi nya kak hana....




 Resepi Carrot Raisin Bun

Sumber asal : hanamemories; CNP dr IzahMuffinLover;

Bahan-bahan
 300g tepung roti
50g gula * ikut izah letak 70g
2 sudu besar susu tepung
2 besar majerin * guna butter sb majerinku habis :)
6g yis kering
1/2 biji telur
1 sk bread improver
100g carrot- potong kecil dan rebus empuk
60g kismis
90-100ml air @ susu segar * guna air sb dah letak susu tepung

Bahan kastard * tak buat
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula - boleh add klu nak manis lg
1/2 cawan susu segar
- kacau semua bahan atas api hingga pekat dan masukkan dalam piping bag utk paip atas roti.

Untuk gliss
susu segar + madu - sebelum bakar
butter- selepas bakar

Cara-cara
  1. Rebus carrot hingga empuk. Toskan dan blend@kisar carrot dengan setengah dari sukatan air.
  2. Klu guna BM masukkan bahan2 lain dan pilih menu doh. Onkan dan tunggu sehingga siap.
  3. Klu guna tangan, mulakan dengan mencampurkan bahan2 kering dahulu kemudian baru bahan2 yg basah. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga bahan menjadi kentaldan elastik. * aku guna kaedah nie...tuk mixer..:)
  4. Kemudian bulatkan doh dan tutup menggunakan plastik wrap. Biarkan kembang naik 2 kali ganda dr yg asal.* aku biar selama 1 jam...sb siapkan kerja lain dulu...hehehehe
  5. Keluarkan doh, tumbuk2 keluarkan angin. Bahagikan kepada bulat2 kecil  dan susunkan didalam loyang yg telah disapukan tepung@ butter.
  6. Biarkan doh naik dua kali ganda lagi. * aku biarkan sejam lagi....sambg buat keja lain lg...hehehe
  7. Panaskan oven dahulu pada suhu 170-180 darjah. Glisskan roti yg telah naik tadi dgn campuran susu segar dan juga madu agar berkilat.
  8. Kemudian paipkan kastard di atas roti. Bakar selama 15-20minit atau hingga keemasan.
  9. Keluarkan roti dr oven dan sapukan dgn butter agar roti nampak berkilat dan cantik..then siap tuk d makan...:)

assistant kecilku.....

assistant ku ..merupakan pelanggan pertamaku....
loyang dah tak buat jdi letak dalam paper cup .....



Tuesday, February 22, 2011

Roti Naik

Projek d hujung minggu ...aku cuba buat roti naik seperti yang dicadangkan oleh kak baiti, aku sebenarnya tak tau cam mana la pulak roti naik nie...jadi aku search la kat internet tuk tgk resepinya dan gambar roti tu sebenarnya cam mana rupanya...oooooo... roti nya tak der inti ni di namakan roti naik...sebenarnya takut jugak nak cuba, takut klu tak jadi masuk tong sampah  la jawabnya...tapi klu tak cuba mana tau jadi ke dak kan...jadi cuba je la....huhuhu...resepi aku dapat dari blog kak hana yg duk kat jepun tu...aku suka tgk blog dia rasanya hampir setiap hari aku tgk..hahahahaha....blog nye memberikan aku semangat tu cuba memasak...biarpun kekadang time tgk resepi + gambar yg cantik2 belako tu berkobar2 nak buat..smpai kat umah...hehehehe...tgk mood pulak..huhuhuhu...kite C&P yer kak hana resepi nya...minta dihalakan kan yea.....

Baru kluar dari oven....


hasilnya..gebu..sedapnya



Resepi Roti Naik

Resepi Asal : Puan Asmahan Hanim via Nana Samat
Sumber kak Hana

Bahan-bahan

500g tepung gandum
1 biji kuning telur gred A
180 g gula halus
2.5 yis -hana lebihkan 1.5 g
113g majerin
37g minyak sapi@butter@ shortening ( guna shortening) 
1 cawan air
1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar (susu segar habis jadi  bancuh susu tepung + air...:D)
sedikit mentega utk sapuan lepas bakar

*kite letak Sedikit pewarna kuning sb nak roti color kuning2 gitu...

Cara-cara

1. Masukkan air, telur dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung 
    dan yis.
2. Settingkan Dough dan ONkan.
3. Bila doh dah bercampur, masukkan majerin dan jugak shortening. Biarkan 
    BM terus menguli lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang dah siap.
4. Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat2kan dan susun ke dalam loyang. 
5. Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lebih 
    kurang 30-40minit. Sapukan eggwash.
6. Bakar pada suhu 200 selama 15-20minit sehingga keperangan- hana bakar 
    suhu 170 selama 20 minit.
7. Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nampak 
    berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk simpan dalam bekas tertutup.



sebelum.....
selepas...
* resepi ni guna BM, tapi kite tak der BM....jadi kiter tukar uli guna mixer...( main belasah jer nasib baik mixer tu tak rosak pas uli roti ni...)





Thursday, February 17, 2011

Roti Sosej Gulung

huhuhuhu....pagi ni nak  buat sarapan apa?..nak buat sarapan apa?...tetiba aku tertengok la roti yang ada lagi kat meja dan sudah menghampiri tarikh luputnya.....kat kepala trus terfikir buat roti sosej gulung la, sosej ada breadcrumb ada...huhuhu..settel la...tangan ku pon laju mengeluarkan sosej , rebus sosej kejap...gulung roti ...celup dlm telur..golek2kan dalam breadcrumb.....panaskan minyak...and then  goreng ..siap...dapat la hasilnya roti sosej gulung...rangup..sedapnya makan cicah ngan sos cili or sos tomato...

Roti sosej gulung





Roti Sosej Gulung

Bahan-Bahan
  • 6 keping roti
  • 6 batang sosej
  • 1 biji telur
  • sebuk roti
  • minyak untuk mengoreng
 Cara-cara
  1. Rebus sosej, kejap jer.
  2. Letak sosej dalam roti dan gulung. Bagi memudahkan mengulung roti saya buangkan semua tepi2 roti. Ulang langkah yang sama sehingga roti semua habis digulung.
  3. Pukul telur dgn garpu dan letakkan dalam pinggan yang leper bagi memudah kita golekkan roti yang kita dah gulung nanti dan letakkan breadcrumb juga di dalam pinggan yang leper.
  4. Panaskan minyak, sementara menunggu minyak panas boleh kita lakukan proses mengolekkan roti dalam telur dan breadcrumb.
  5. Golekkan roti yang telah digulung dalam telur dahulu dan selepas itu golekkan pula dalam breadcrumb. Bagi menghasilkan roti sosej yang cantik ulang langkah ini sekali lagi.
  6. Setelah goreng roti yang telah disiap disaluti dengan breadcrumb. Goreng sekejap sahaja sehingga roti kelihatan  rangkup (betul ker ayat aku ni) dengan api sederhana. Angkat dan boleh potong mengikut saiz yang di kehendaki.



Rangup..sedap dicicah gan sos...nyumnyum....