Monday, April 11, 2011

Light Blueberry Cheese Cake

Resepi ni aku ambik dari blog HaSue ...yg terror buat kek tu...menarik jer resipi nya...lagipon bahan2 nya ada semuanya..jadi aku try ler...tapi kan rupanya aku lupa blueberry fillingku tinggil ciput jer....tapi sebab dah buat aku teruskan jugak ler...buat hari ahad jugak..cuaca kat luar mendung jer......budak2 tu smua masih tidur lagi....bertambah semangat la nak memulakan projek ku...sebab tak yg kacau...hehehehe...apa2 pon tg kepada penyumbang resepi kak HaSue....sedap kek nie.....

tgk tu blueberrynya ciput jer kan...hehehehe


Resepi Light Blueberry Cheese Cake

Sumber : HaSue

Bahan-bahan:
  • 300 ml susu segar
  • 6 keping keju kraft 
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/ majerin  *aku guna butter sb nie jer yg stok yg ada..
  • Blueberry filling secukupnya
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180c, gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahankan, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. kacau sehingga cair dan masukkan mentega/majerin . Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yang agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue ( adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan tidak tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan  susu yg dipanaskan tadi, kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata.
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan.
  9. Ambil loyang yang sudah digriskan tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling ( gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya) dengan bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu, cendukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 hingga aduanan habis.
  11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang yang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak ( bergantung pada jenis oven )
suda siap utk aku  serahkan  kepada jiranku.......kerana...

kek jiranku sudah sampai dahulu di depan pagar......kek coklat kukus dr jiran...

No comments:

Post a Comment