pengat labu....siap tu di ngappp... |
Sumber : eima-ima.blogspot.com
Bahan-bahan ( untuk periuk 1 liter...:))
1/2 biji labu saiz sederhana -potong2
4 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan sagu- rendam kejap
1 cawan santan pekat
air separuh periuk 1L
sedikit daun pandan/ esen vanilla
Cara-cara
- Masukkan gula merah dan gula pasir kedalam air dan didihkan.
- Masukkan labu yang telah di potong2, daun pandan dan garam. Biarkan sehingga labu masak.
- Setelah itu masukkan santan pekat gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
- Akhir sekali masukkan sagu yang telah direndam dan kacau. Apabila sagu telah masak tutup api dan siap untuk d makan ....senang kan...hehehehe...
ni tuk aku....husband aku kena guna yg besar...heehehehe |
No comments:
Post a Comment