Thursday, February 17, 2011

Roti Sosej Gulung

huhuhuhu....pagi ni nak  buat sarapan apa?..nak buat sarapan apa?...tetiba aku tertengok la roti yang ada lagi kat meja dan sudah menghampiri tarikh luputnya.....kat kepala trus terfikir buat roti sosej gulung la, sosej ada breadcrumb ada...huhuhu..settel la...tangan ku pon laju mengeluarkan sosej , rebus sosej kejap...gulung roti ...celup dlm telur..golek2kan dalam breadcrumb.....panaskan minyak...and then  goreng ..siap...dapat la hasilnya roti sosej gulung...rangup..sedapnya makan cicah ngan sos cili or sos tomato...

Roti sosej gulung





Roti Sosej Gulung

Bahan-Bahan
  • 6 keping roti
  • 6 batang sosej
  • 1 biji telur
  • sebuk roti
  • minyak untuk mengoreng
 Cara-cara
  1. Rebus sosej, kejap jer.
  2. Letak sosej dalam roti dan gulung. Bagi memudahkan mengulung roti saya buangkan semua tepi2 roti. Ulang langkah yang sama sehingga roti semua habis digulung.
  3. Pukul telur dgn garpu dan letakkan dalam pinggan yang leper bagi memudah kita golekkan roti yang kita dah gulung nanti dan letakkan breadcrumb juga di dalam pinggan yang leper.
  4. Panaskan minyak, sementara menunggu minyak panas boleh kita lakukan proses mengolekkan roti dalam telur dan breadcrumb.
  5. Golekkan roti yang telah digulung dalam telur dahulu dan selepas itu golekkan pula dalam breadcrumb. Bagi menghasilkan roti sosej yang cantik ulang langkah ini sekali lagi.
  6. Setelah goreng roti yang telah disiap disaluti dengan breadcrumb. Goreng sekejap sahaja sehingga roti kelihatan  rangkup (betul ker ayat aku ni) dengan api sederhana. Angkat dan boleh potong mengikut saiz yang di kehendaki.



Rangup..sedap dicicah gan sos...nyumnyum....


2 comments:

  1. JANNA: cuba la senang jer buat roti sosej gulung nie....sedap pon sedap...:)

    ReplyDelete