Monday, February 28, 2011

Goreng Pisang

Goreng pisang..goreng pisang...goreng pisang sekarang...pisang apa..pisang apa..pisang apa sekarang?..Pisang tanduk ...pisang tanduk..pisang tanduk sekarang,....teruskan nyanyi sendiri la yer..penat den nak taip...hehehehehe...menu hujung minggu di  waktu petang...goreng pisang + sambal kicap.....sedapp......tak berhenti selagi tak licin.....TQ kak noni sb bagi pisang tanduk......kiter goreng jer ...makan panas2 .....





Jemput-jemput Ikan Bilis @ cekodok Ikan Bilis

Salam...berjumpa semula di alam blog..selepas penat sesambil menanda paper penilaian bebudak.. ..rehat sekejap tuk berblog...sibuk tul akhir2 ni nak update blog pon tak dak masa..hehehe..kononnya la...banyk kerja yg tertangguh perlu disiapkan dahulu..jom kiter tgk jemput-jemput ikan bilis @ cekodok ikan bilis sama jer ...nama je lain ...hehehehe...buat hujung minggu lepas...resepi sbrnya tak der ikut sukatan sangat sb main campak2 jer apa yg ada ...hehhee..saje jer letak sayur supaya budak2 makan kalu tak malas tul diorg nie makan sayur.......layanz....


Jemput jemput Ikan Bilis @ cekodok Ikan Bilis

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
segengam ikan bilis
sedikit lobak (sagat jer)
Sedikit ubi kentang (sagat jugak)
sedikit kacang panjang (hiris halus)
bawang besar -hiris 
1/2 sudu teh Soda bikarbonat 
garam
minyak tuk mengoreng

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali minyak
2. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. siap.



Tuesday, February 22, 2011

Roti Naik

Projek d hujung minggu ...aku cuba buat roti naik seperti yang dicadangkan oleh kak baiti, aku sebenarnya tak tau cam mana la pulak roti naik nie...jadi aku search la kat internet tuk tgk resepinya dan gambar roti tu sebenarnya cam mana rupanya...oooooo... roti nya tak der inti ni di namakan roti naik...sebenarnya takut jugak nak cuba, takut klu tak jadi masuk tong sampah  la jawabnya...tapi klu tak cuba mana tau jadi ke dak kan...jadi cuba je la....huhuhu...resepi aku dapat dari blog kak hana yg duk kat jepun tu...aku suka tgk blog dia rasanya hampir setiap hari aku tgk..hahahahaha....blog nye memberikan aku semangat tu cuba memasak...biarpun kekadang time tgk resepi + gambar yg cantik2 belako tu berkobar2 nak buat..smpai kat umah...hehehehe...tgk mood pulak..huhuhuhu...kite C&P yer kak hana resepi nya...minta dihalakan kan yea.....

Baru kluar dari oven....


hasilnya..gebu..sedapnya



Resepi Roti Naik

Resepi Asal : Puan Asmahan Hanim via Nana Samat
Sumber kak Hana

Bahan-bahan

500g tepung gandum
1 biji kuning telur gred A
180 g gula halus
2.5 yis -hana lebihkan 1.5 g
113g majerin
37g minyak sapi@butter@ shortening ( guna shortening) 
1 cawan air
1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar (susu segar habis jadi  bancuh susu tepung + air...:D)
sedikit mentega utk sapuan lepas bakar

*kite letak Sedikit pewarna kuning sb nak roti color kuning2 gitu...

Cara-cara

1. Masukkan air, telur dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung 
    dan yis.
2. Settingkan Dough dan ONkan.
3. Bila doh dah bercampur, masukkan majerin dan jugak shortening. Biarkan 
    BM terus menguli lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang dah siap.
4. Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat2kan dan susun ke dalam loyang. 
5. Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lebih 
    kurang 30-40minit. Sapukan eggwash.
6. Bakar pada suhu 200 selama 15-20minit sehingga keperangan- hana bakar 
    suhu 170 selama 20 minit.
7. Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nampak 
    berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk simpan dalam bekas tertutup.



sebelum.....
selepas...
* resepi ni guna BM, tapi kite tak der BM....jadi kiter tukar uli guna mixer...( main belasah jer nasib baik mixer tu tak rosak pas uli roti ni...)





Thursday, February 17, 2011

Roti Sosej Gulung

huhuhuhu....pagi ni nak  buat sarapan apa?..nak buat sarapan apa?...tetiba aku tertengok la roti yang ada lagi kat meja dan sudah menghampiri tarikh luputnya.....kat kepala trus terfikir buat roti sosej gulung la, sosej ada breadcrumb ada...huhuhu..settel la...tangan ku pon laju mengeluarkan sosej , rebus sosej kejap...gulung roti ...celup dlm telur..golek2kan dalam breadcrumb.....panaskan minyak...and then  goreng ..siap...dapat la hasilnya roti sosej gulung...rangup..sedapnya makan cicah ngan sos cili or sos tomato...

Roti sosej gulung





Roti Sosej Gulung

Bahan-Bahan
  • 6 keping roti
  • 6 batang sosej
  • 1 biji telur
  • sebuk roti
  • minyak untuk mengoreng
 Cara-cara
  1. Rebus sosej, kejap jer.
  2. Letak sosej dalam roti dan gulung. Bagi memudahkan mengulung roti saya buangkan semua tepi2 roti. Ulang langkah yang sama sehingga roti semua habis digulung.
  3. Pukul telur dgn garpu dan letakkan dalam pinggan yang leper bagi memudah kita golekkan roti yang kita dah gulung nanti dan letakkan breadcrumb juga di dalam pinggan yang leper.
  4. Panaskan minyak, sementara menunggu minyak panas boleh kita lakukan proses mengolekkan roti dalam telur dan breadcrumb.
  5. Golekkan roti yang telah digulung dalam telur dahulu dan selepas itu golekkan pula dalam breadcrumb. Bagi menghasilkan roti sosej yang cantik ulang langkah ini sekali lagi.
  6. Setelah goreng roti yang telah disiap disaluti dengan breadcrumb. Goreng sekejap sahaja sehingga roti kelihatan  rangkup (betul ker ayat aku ni) dengan api sederhana. Angkat dan boleh potong mengikut saiz yang di kehendaki.



Rangup..sedap dicicah gan sos...nyumnyum....


Vanilla Muffin

selepas masak mlm...tetiba mood rajinku datang teringin nak try buat vanilla muffin dengan bantuan assistant kecilku yang tak berhenti-henti bertanya akhirnya terhasilnya vanilla muffin.
Vanilla muffin
Aku buat separuh aduanan jer dari resepi ni jadi dapatla dalam 12 biji muffin. Kaedah buat muffin ni senang sangat sebab semuanya campurkan jer gaul2 then masukkan dalam muffin cup. Bahan2 nya pulak kebetulan semua ada  jadi tu yang bersemangat nak try. Rasanya pon sedap dah boleh buat lagi masa akan datang, resepi ni aku dapat dari Myresepi oleh deenoos thanks yea deenoos.  Kat cni kite letakkan repespinya minta dihalalkan yea deenoos...
 
Vanilla Muffin
Source : deenoos (Myresipi)


Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )
  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla
Cara-cara
  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C. 
  4.  
Assistant kecik ku

    Tuesday, February 15, 2011

    Cheese cake

    Chesee cake...baru dengar nama pon aku cakap susah....bukan susah apa...susah nak...buat..rupa-rupanya tak ku sangka buat cheese cake ni tak ler sesusah mana....terima kasih yang tak terhingga kepada sifu kek kami...Norihan @ Han....hasil pembelajaran beramai2 tuk buat chesee cake  ni la hasilnya...senyum tak terhingga sebab jadik...yeah..rasanya  memang sedap hingga menjilat jari....hehehehehehehe..lain kali boleh buat lagik....ni yang buat bersemangat nak mencuba bila buat2 jadik2.....

    Cheese cake....tak percaya dapat membuatnya.....tq han

    Tuesday, February 1, 2011

    Chinese New Year Holiday...

    Klang.......tempat yang dituju cuti raya cina ....c along demam c kakak pon demam tapi perancangan tetap d teruskan...jadi hari ni kami suda berada d rumah kak baya....huhuhuhu....c along macam ndak demam, c kakak sihat ....